headerphoto

Selamat Datang

PUSAT SUMBER SEKOLAH

| Main | AJK | Takwim 2010 | Peraturan | Galleri |

.............................................................................................

Pengenalan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk individu dan kumpulan.      PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.

PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajarandan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis, menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin atau bersendirian.      PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi
seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.


Program Bacaan Nilam




Info SMKSA

 

 


NORSHAMSIRAH NOORDIN
Guru Pusat Sumber