Selamat Datang

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


----------------------------------------------------------------------------

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas (SMKSA) terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Pelajar kumpulan pertama mendaftar pada 1 Disember sesi persekolahan 1994 / 1995. Ketika itu bangunan sekolah SMKSA masih dalam pembinaan. Maka warga SMKSA terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Andalas yang terletak bersebelahan dengannya.

Pada sesi persekolahan 1996, bilangan tenaga pengajar menjadi 25 orang. Pada tanggal 4 januari 1997, warga SMKSA berpindah ke bangunan baru. Kini setelah hampir 14 tahun penubuhannya, SMKSA mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan prasarana, pertambahan tenaga pengajar seramai 126 orang dan bilangan pelajar mencecah 2351 orang.

SMKSA akan terus memberi perkhidmatannya kepada masyarakat bagi melahirkan generasi yang berilmu dan bermoral bagi mengharungi hidup yang penuh cabaran agar agama, bangsa dan negara terus dibela dan dipertahankan.

 

 


Info SMKSA

Lencana Sekolah

Pengetua

JAMILAH BINTI ALI
Pengetua SMKSA